Perbezaan Enterprise dan Sdn bhd




Daftar SSM

Kebanyakan usahawan tidak tahu kepentingan untuk daftar perniagaan ketika mulakan bisnes. Mengikut Akta Perniagaan 2016 sebelum memulakan perniagaan mestilah mendaftarkan perniagaan. Jika tidak mendaftarkan perniagaan ianya adalah satu kesalahan dan boleh di dakwa di mahkamah. Jika sudah mendaftar perniagaan di SSM anda terselamat dari risiko denda dari SSM.

Ada 2 jenis pendaftaran perniagaan iaitu daftar enterprise atau daftar sdn bhd.

Enterprise

Perniagaan enterprise ni bisnes dan business owner dikira sebagai 1 entiti dari sudut perundangan.

Jenis enterprise ni, business owner mempunyai tanggungjawab penuh ke atas aset dan juga liabiliti syarikat.

Maksudnya di sini, jika membeli kereta, rumah atau kemudahan untuk bisnes, business owner juga turut dapat menikmatinya.

 TAPI, jika company mempunyai tunggakan hutang, bank akan cari dan kejar business owner.

 Atau kata lain, segala untung, rugi, hutang, aset bisnes ditentukan oleh bisnes owner itu sendiri.

Sdn bhd

Syarikat Sdn Bhd ialah jenis perniagaan yang paling sesuai nak buat bisnes berbanding enterprise

Sebab Syarikat Sdn Bhd dan pemegang saham adalah entiti terpisah dari segi undang-undang.Maksudnya owner bukanlah sebahagian dari syarikat sdn bhd. 

Jadi pemegang saham tidak berhak keatas segala aset syarikat. Pada masa yang sama pemegang saham juga tidak mempunyai tanggungjawab untuk membayar hutang piutang bisnes.

Disebabkan pemisahan entiti ini aset pemilik bisnes tidak boleh digunakan untuk bayar hutang dan liabiliti bisnes.

Atau kata lain, bisnes owner hanya menjalankan akvtiviti bisnes untuk syarikat. Segala aset & hutang dimiliki oleh syarikat. 

Baru la tenang nak buat bisnes kan?

Jadi anda dah tahu ada dua jenis pilihan perniagaan? Mana satu pilihan anda?

Bacaan Lanjut:
Panduan nama syarikat Sdn Bhd
Cara Daftar Sdn Bhd Online
Kelebihan Sdn bhd
Promosi Daftar Sdn Bhd
Contoh Sdn Bhd


Popular Posts