KOS BUKA SYARIKAT SDN BHD


 


Kos Buka Syarikat Sdn Bhd

Anggaran kos buka syarikat sdn bhd adalah diantara RM1500 sehingga RM3000 bergantung kepada pakej daftar sdn bhd yang diberikan oleh setiausaha syarikat anda. Walaubagaimanapun kos daftar sdn bhd ini adalah hanya permulaan dan sekali sahaja dalam menjalankan bisnes anda. Yang lebih penting adalah kos tahunan mengurus sdn bhd yang anda perlu tanggung selama mana anda menggunakan sdn bhd. 

Kos buka syarikat sdn bhd 1: Setiausaha Syarikat.

Mengikut akta syarikat, anda wajib mempunyai setiausaha syarikat.Secara am, kos setiausaha syarikat ini diantara RM50 sehingga RM 200 sebulan bergantung kepada pakej yang ditawarkan oleh setiausaha syarikat. 

Kos buka syarikat sdn bhd 2: Akauntan

Akta syarikat tidak mewajibkan anda melantik seoarang juru akaun. Kalau anda pandai boleh sahaja buat sendiri. Secara am kos bulanan bagi akauntan bermula dari RM 500 bulanan atau bermula dari RM 1500 jika anda ingin melakukan akaun tahunan sahaja

Kos buka syarikat sdn bhd 3:  Juru Audit

Akta Syarikat mewajibkan anda mempunyaai seorang juru audit. Kos juru audit bergantung kepada size bisnes anda. Lebih banyak transaksi lebih banyak kos juru audit.Anda perlu membayar juru audit secara tahunan dan kos bermula dari RM 1500 setahun. Kos ini akan meningkat jika jualan tahunan anda mencecah jutaan ringgit. 

Kos buka syarikat sdn bhd 4: Juru Cukai

Akta Syarikat tidak mewajibkan anda untuk melantik juru cukai tetapi kebiasaanya juru cukai akan dilantik disebabkan undang-undang cukai yang memerlukan kepakaran. Kalau salah, boleh kena penalti. Juru audit melakukan pemeriksaan terhadap laporan kewangan tetapi juru cukai pula melakukan submission cukai kepada LHDN. Jadi skop keduanya adalah berbeza. Kos juru cukai bermula dari RM1200. Kos ini juga akan meningkat jika anda mempunyai jualan tahunan yang tinggi. 

Kos buka syarikat sdn bhd 5: SSM

Syarikat Sdn Bhd perlu menghantar annual return dan juga audited account kepada SSM. Jika tidak dihantar atau lewat hantar, syarikat boleh dikenakan denda. Kos submission annual return dan juga audited account kepada SSM adalah RM150 setiap satu. 

Kos buka syarikat sdn bhd 6: LDHN

Setelah kiraan cukai dibuat oleh juru cukai, anda perlu membayar cukai. Tiada amaun boleh diberikan kerana ianya bergantung sepenuhnya kepada kiraan cukai anda. 

Pastikan anda telah mengambil kira kesemua kos tahunan sdn bhd ini sebelum daftar syarikat sdn bhd.  

Bacaan Lanjut:
Panduan nama syarikat Sdn Bhd
Cara Daftar Sdn Bhd Online
Kelebihan Sdn bhd
Promosi Daftar Sdn Bhd
Contoh Sdn Bhd


Popular Posts