AKAUNTAN SHAH ALAM



Apakah itu Khidmat Akaun Shah Alam

Akaun secara asas adalah proses merekod aliran masuk keluar kewangan bisnes. Apabila proses merekod ini dilakukan bertepatan dengan piawaian akaun antarabangsa, ada 3 jenis penyata kewangan yang akan disediakan iaitu penyata pendapatanpenyata imbangan duga dan penyata aliran tunai.

Penyata pendapatan

Ia berkaitan dengan segala jenis hasil atau pendapatan dan perbelanjaan yang berlaku dalam satu tempoh perakaunan yang melibatkan perniagaan tersebut. Ia membolehkan pemilik atau pihak pengurusan perniagaan mengetahui tahap kejayaan perniagaan atau sejauh mana kerugian perniagaan yang perlu ditanggung dalam sesuatu tempoh perakaunan.

Hasil adalah segala perolehan daripada jualan barang atau perkhidmatan dalam perniagaan. Hasil boleh dibahagikan kepada 2 bahagian, iaitu HASIL KENDALIAN PERNIAGAN, contoh: jualan & hasil perkhidmatan , dan HASIL BUKAN KENDALIAN PERNIAGAAN , contoh: faedah diterima & sewa diterima.

Belanja adalah segala kos atau pembayaran dalam memperoleh hasil tersebut. Belanja boleh dibahagikan kepada 2 bahagian, iaitu BELANJA OPERASI, contoh: Belian barang untuk menghasilkan produk & utiliti, dan BELANJA BUKAN OPERASI, contoh: faedah atas overdraf, kerosakan aset perniagaan akibat banjir.

Penyata Imbangan Duga

Satu bentuk penyata yang disediakan bagi menunjukkan keadaan kewangan perniagaan, iaitu baki-baki aset, modal dan liabiliti pada sesuatu tempoh perakaunan. Ia terdiri daripada aset tetap, aset semasa, liabiliti jangka panjang, liabiliti semasa & ekuiti pemilik berdasarkan kepada persamaan perakaunan berikut:

ASET = LIABILITI + EKUITI PEMILIK

Contoh aset tetap adalah kenderaan untuk perniagaan & bangunan pejabat, Contoh aset semasa adalah tunai di tangan & penghutang, Contoh liabiliti jangka panjang adalah pinjaman bank & pinjaman bercagar, Contoh liabiliti semasa adalah pemuitang & belanja terakru, dan Contoh ekuiti pemilik adalah modal yang disumbang oleh setiap rakan kongsi perniagaan.

Penyata Aliran Tunai

Merupakan sebuah penyata berkenaan dengan segala jenis penerimaan dan pembayaran secara tunai yang berlaku dalam sesuatu tempoh perakaunan. Ia juga melaporkan aliran tunai masuk bersih dan aliran tunai keluar bersih bagi setiap aktiviti perniagaan secara menyeluruh.

Ia penting kerana pihak pemilik atau pengurusan perniagaan dapat membuat jangkaan berkenaan dengan aliran tunai untuk masa hadapan. Membolehkan juga, pihak pemilik untuk membuat dan menilai keputusan-keputusan yang sewajarnya, menentukan kemampuan untuk membayar dividen kepada pemegang saham & tidak lupa keupayaan untuk membayar faedah & pokok kepada para pembiaya. Ia juga melibatkan hubungan antara untung bersih dengan perubahan tunai dalam perniagaan.

Kepentingan Khidmat Akaun Shah Alam

Akaun bisnes sewajarnya disediakan secara bulanan. Walaubagaimanapun, disebabkan kekangan masa dan tenaga kerja, ada pemilik bisnes yang hanya menyediakan akaun bisnes secara tahunan. Berikut adalah kepentingan menyediakan akaun bisnes:
Kepentingan Khidmat Akaun Shah Alam 1
Diperlukan untuk mengukur prestasi bisnes. Melalui akaun bisnes, pemilik akan dapat mengetahui secara tepat pendapatan dan perbelanjaan bisnes. Maklumat ini dapat diketahui melalui penyediaan penyata pendapatan. Selain itu, servis akaun juga akan menyediakan penyata imbangan duga. Melalui penyata ini, pemilik bisnes akan mengetahui nilai aset dan hutang bisnes
Kepentingan Khidmat Akaun Shah Alam 2
Melalui servis akaun, pemilik bisnes dapat menganalisa prestasi bisnes. Prestasi bisnes hanya akan dapat diukur sekiranya terdapat data yang lengkap dan tepat. Hal ini diperolehi apabila wujudnya penyata kewangan yang lengkap. Penyata kewangan yang lengkap secara amnya mempunyai 3 penyata kewangan iaitu penyata imbangan duga, penyata pendapatan dan penyata ekuiti
Kepentingan Khidmat Akaun Shah Alam 3
Dapat mengenalpasti dan mengelak penyelewengan. Penyelewengan mudah berlaku jika tiada kawalan pada aliran tunai dan kawalan pada duit keluar. Jika servis akaun tidak dilakukan secara secara teratur dan berkala, maka ia memudahkan pihak tertentu untuk mengambil kesempatan atas kelemahan yang wujud
Kepentingan Khidmat Akaun Shah Alam 4
Penyediaan servis akaun secara berkala membolehkan bisnes merancang corak aliran kewangan bagi memastikan bisnes membuat keuntungan yang kukuh bagi tahun semasa. Ini penting bagi pihak bank untuk menilai pinjaman yang akan diluluskan. Selain itu,pihak syarikat perlu menyediakan akaun yang terkini kepada pihak bank. Antara kriteria lain dalam memudahkan kelulusan pinjaman ialah, akaun yang tersusun dan lengkap
Kepentingan Khidmat Akaun Shah Alam 5
Pengurusan risiko dapat dicapai melalui penyediaan akaun. Setiap tindakan yang dibuat bisnes akan membawa risiko tersendiri. Risiko syarikat perlu diuruskan dengan bijak bagi mengelakkan berlakunya risiko yang tidak mampu ditanggung. Pemantauan servis akaun secara berkala perlu dilakukan. Sebagai contoh, risiko bankrupsi boleh diuruskan dengan mengetahui aliran transaksi duit masuk, memantau kutipan penghutang secara aktif, dan memantau transaksi duit keluar atau perbelanjaan
Kepentingan Khidmat Akaun Shah Alam 6
Akaun diperlukan sebagai aspek pematuhan undang-undang. Secara amnya, pemilik bisnes perlu menyediakan akaun bagi pengiraan cukai. Cukai tidak dapat dikira sekiranya tiada akaun. Cukai juga tidak dapat dikira secara tepat jika akaun disediakan tidak bertepatan dengan piawaian akaun. Oleh itu, pastikan penyediaan akaun dilakukan oleh staf yang terlatih.
Kepentingan Khidmat Akaun Shah Alam 7
Servis akaun diperlukan untuk mendapatkan pinjaman bank atau institusi kerajaan. Akaun yang lengkap merupakan dokumen utama yang akan diminta oleh pegawai apabila anda ingin membuat pinjaman. Akaun adalah penting bagi pihak bank untuk menilai pinjaman yang akan diluluskan. Kriteria utama kelulusan pinjaman ialah akaun yang tersusun dan lengkap

Popular Posts